Yeah....SPM....

Assalamualaikum, Apa khabar semua....hari ni tajuk entry aku pasal SPM.... Yeah akhirnya aku berjaya dalam spm....heheheh poyo je kan. padahal dah lama tinggal zaman persekolahan... 20 MARCH 2014, hari bersejarah bagi pelajar Spm kan.... Pada adik-adik yang dapat keputusan cemerlang tu tahniah la ya.... Usaha anda berbaloi. Pada yang kurang memuaskan tu jangan hampa. Peluang ada diman-mana. Jangan cepat berputus asa. Aku nak cerita pengalaman aku masa nak ambil result spm dulu. Malam sebelum result keluar, hati ni tak tenang. dup dap dup dap je rasa. Duduk pun tak diam, takut punya pasal. Tidur pun tak lena...asyik terfikir-fikir je pada esok hari. Tapi bak kata mak aku apa nak takut. Dah buat pun terima lah keputusan tu dengan hati yang redha.... Pagi-pagi lagi aku dah bangun bersiap. walaupun keputusan keluar pukul sepuluh pagi. Bila sampai je sekolah hati ni lagi la berdegup kencang.... Tengok je kawan-kawan lain happy-happy tapi kita tak tahu hati dia orang macam mana. Mula-mula of course la cikgu panggil orang yang dapat keputusan cemerlang kan... Yang tak berapa cemerlang ni duduk la tunggu dulu dekat bawah. Tiba-tiba je.....nama....aku tak dipanggil. hehehehe makna kata aku ni tak tergolong la dalam orang yang keputusan dia cemerlang kan... Aku ni hanya cukup-cukup makan je. Bila dah ambil result.... Tiba-tiba aku rasa okey je....tak dak rasa apa-apa pun... Control macho la katakan...cool je walaupun dalam hati ni nak nangis rasanya. Tapi aku tetap bersyukur dengan keputusan aku tu, aku dapat juga menjejakkan kaki dekat UITM PERAK ni.... Bangga beb.... Sekarang dah nak dekat tiga tahun aku dekat UITM ni.... Maknanya dah tiga tahun juga la aku tinggalkan zaman persekolahan.... Ok la sampai sini saja aku merepek meraban ni... nanti korang malas baca pula kan panjang-panjang ni..... Kepada Calon Spm tahun ni....good luck ok... Buat yang THE BEST..... STUDY SMART NOT HARD.....


TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

0 Orang sukakan blog saya!!!: