Alamak dah lambat????


Gambar hiasan....aty,witwit and fiqah


Assalamualaikum, hai blogger semua. sorryla dah lama aku tak update blog. Dah banyak kali hasrat aku nak update blog ni terbantut disebabkan penyakit malas....okey hari ni perasaan malas tu dah kurang sikit walaupun ada sisa-sisa lagi sikit je ni...huwwwwwwhuwwwww......

Hari ni aku nak cerita pasal satu kisah yang amat sedih+pedih. Tadi pagi aku bangunlah nak makan sahur tapi rasa macam kyang lagi so aku just minum air je.......lepas minum air tu aku pun teruslah sambung balik ketiduran aku tu....org cakap tidur lepas sahur ni tak berapa nak baik so korang janganlah ikut perangai aku ye....nanti jadi macam kisah dekat bawah ni.......



Lepas je aku tidur tu, kawan-kawan aku pun sambung tidur juga. Akibatnya nak tahu tak apa??? kami terbangun lambat...korang cuba banyangkan kami ada kelas pukul 8 pagi tapi terjaga pukul 8.40 pagi...nasiblah classmate aku telefon kalau tidak mmg lajak lagilah kami tidur.... 

Dia orang punyalah jahat kenakan kami tiga orang. Telefon je kami terus cakap kata miss nak bagi surat kena bar dari exam (maknanya tak boleh ambil exam) naik takutlah kami tiga orang....kami pun cepat-cepatlah nak bangun nak gi siap....tapi korang tahu tak apa yang jadi selepas tu??????

 Rupa-rupanya dia orang saja nak kenakan kami....kelas tu cancel....apa lagi kena makilah classmate aku tu......macam nak luruh je jantung kami tiga orang....aku rasa kalau jantung aku ni boleh keluar, dah berlari-lari dah dia keluar dari badan aku.... Inilah satu pengajaran bagi aku and kawan-kawan aku supaya tak tidur dah lepas subuh or sahur...tapi boleh ke??? hehhehe....

 Lepas tu kelas yang kedua pula kami dah tak nak lambat so dengan azam yang baru...kami pun siaplah awal...sampai-sampai kelas je sorang pun tak dak lagi....dipendekkan cerita ropenyeeee kelas tu dibatalkan juga....aduhhh memang nasib kami lah tiga orang hari ni macam-macam jadi.....

Aku story dekat korang pasal hal ni supaya korang ambil sebagai pengajaran bukan gelakkan aku okeyyyy..... Okeylah sampai sini je. Letih dah taip panjang-panjang ni sebab dah lama tak pretissss you all....sorrylah kalau ayat aku ni tunggang-langgang or korang payah nak baca sebab aku dah lama tak update jadi kemahiran susun ayat tu tak tipis....muehhhhhhh...:0


TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

0 Orang sukakan blog saya!!!: