Spagetiku...


Assalamualaikum, 
Resepi Spageti Bolognese ala Witwit la.....
 Hai sahabat blogger semua hari ni aku nak kongsi sikit resepi boleh tak???
 Of course la boleh kan.... 
Semalam aku adalah buat spageti tapi spegeti ikut hati akulah kan... 
 Tapi family aku cakap sedap juga, so jom aku kongsi sikit....  

Spageti. Mesti direbus tau jangan makan mentah-mentah pula....hehehe gurau je. Kalau rebus tu pastikan letak sikit minyak supaya nanti spageti tu tak melekat dekat periuk. Lepas dah rebus tu toskan lepas tu tunggulah kuah masak okey.....aku ni buat macamlah aku ni ajar budak-budak tadika kan... 

Bahan-bahan Kuah.


   1. Daging cincang kalau ada yang tak makan daging korang boleh letak ayam juga. Ikut citarasalah.
   2.  Pes tomato (Kalau nak senang korang beli yang dah siap ada kat supermarket tu....)
   3. Lobak merah dihiris nipis...(Kalau nak potong ikut suka hati pun boleh je)
   4. cendawan butang. (Kalau tak nak letak pun tak apa sebab aku tak letak pun...hehheh) 
   5. Bawang besar dengan bawang putih dicincang sehalusnya....(Yanag ini untuk ditumis) 
   6. Garam dengan gula mesti korang dah tahukan. Apa-apa masakan pun mesti letak benda ni kan.


Cara nak masak pula...


1.mula-mula korang panaskan minyak macam selalu lepas minyak tu dah panas tumiskan bawang besar dengan bawang putih tu sampai naik bau.


2.Bila dah naik bau masukkan pes tomato dan daging cincang/ayam. Tambahkan air sikit lepas tu gaul bagi rata.


3.Bila Daging cincang/ayam tu dah macam hampir nak masak, masukkan lobak merah dan cendawan btg tadi.


4.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lepas dah masukkan semua tu biarkan kuah tadi sampai mendidih dan pekat.


Selesai sudah...bila dah masak bolehlah makan dengan spageti tadi....Bolehlah tukar nama kepada nama anda pula.


Resepi yang aku bagi tahu ni kebanyakkannya orang dah tahu tapi aku tetap nak kongsi juga sebab semalam aku makan benda ni dengan hasil air tangan aku sendiri....Ni spageti Ala witwit jadi spageti ni banyak mengikut citarasa aku....


Okey selamat mencuba...Kuantiti dia ikut kesukaan sendiri 


TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

8 Orang sukakan blog saya!!!:

Atyrah said...

Dah layak masuk master chef ni...

Witwithoney said...

@Atyrah

Master chef pendang boleh la kut....

Ayuni said...

salam, ske wat spageti nie, tp kos lh yg mahal...

mashita said...

waaahhhh.... mcm sedap jaaa.. nk sikit blh ? ;)

Rafflesia™ said...

sedapnye.. @_@

Witwithoney said...

@Ayuni
Kadang-kadang memang kos dia mahal sikit...tapi memadailah kalau sedapkan...hehehe mahal pun tak apakan...:)

Witwithoney said...

@mashita

Ala dah habis kita makan....:0

Witwithoney said...

@Rafflesia™


nanti kalau ada masa buatlah mmg sedap....:)