Seminggu lagi untuk berblogging....


Assalamualaikum
Tengah malam pagi-pagi buta ni aku nak kisahkan sikit pasal diriku ni. (ayat skema habis)
Tak sampai seminggu lagi semester baru nak bermula.
Perasaan malas aku tu dah memuncak-muncak.
Tak nak balik! tak nak balik!
Rasa macam nak tambah lagi cuti tu biarlah lepas raya baru balik kampus.
Kalau dekat sana nanti mesti susahlah bagi aku nak update blog sebab line internet kat sana agak lembab atau dalam erti kata sebenar susah nak dapat.
Nanti kalau aku lama tak post entry korang faham-faham je lah ya.
bahawasanya pada masa tu aku tengah berjuang.
Mencari Ilmu!!!




Sebenarnya tujuan aku update entry ni just for fun sebab pagi-pagi buta ni mata aku tak nak terpejam pula.
Tapi idea sebenar aku nak update entry ni pasal nak kongsi satu lagi resepi idaman.
Resepi apa tu???
Resepi ni still lagi berkaitan dengan pasta.
Sebabnya hanya makanan tu je aku tau nak masak yang lain tu bukan tak tahu masak tapi agak kurang sikit...mengaku je la tak tahu masak!!!!


(Spageti goreng ala witwit)

Sebenarnya resepi ni memang senang dan ramai yang tahu masak sebab goreng je kan...tapi macam biasa aku still nak kongsi sebab aku yang masak.....spageti goreng ala witwit( awal-awal lagi nak bagi tahu resepi ni mengikut citarasaku)

Bahan-bahannya

  1. Macam biasa spageti mesti direbus...yang ni tak bagi tahu pun mesti orang dah tahu kan.
  2. kicap pekat dan kicap cair.
  3. Tauge. Kalau siapa-siapa tak makan tauge tu tak payah la letak....sebab tak menjejaskan pun kalau tak masukkan tauge.
  4. Daun kucai...mesti dihiris sehalusnya.
  5. Sos ikan....jangan letak banyak-banyak sebab sos ni masin sikit.
  6. Bawang putih dan cili besar/padi. (untuk ditumis)
  7. Telur
  8. garam dan gula.........semestinya.
  9. Ayam.....Kalau anda tak nak letak pun boleh

Cara2x

Mula-mula panaskan minyak lepas dah panas tumiskan bawang putih dan cili tadi hingga naik bau. Masukkan ayam. 

Lepas ayam tadi dah agak masak sikit bolehlah masukkan telur, seelok-eloknya 2 atau 3 biji....tapi kalau nak letak lebih pun ikut suka. 

Masukkan spageti , sos ikan, kicap pikat & cair.....lepas tu gaulkan biar rata.

Lepas tu masukkan gula dan garam secukupnya....tapi pastikan tak terlebih sebab kicap dengan sos ikan tu dah masin jadi seeloknya rasa dulu sebelum masukkan garam dan gula tu.

Masukkan tauge dan daun kucai, gaul hingga sebati.....

Sedia untuk dimakan...la senangkan.....Kalau korang rasa nak masukkan udang ke silakan sebab resepi ni mengikut citarasa masing2x.

JADI SELAMAT MENCUBA




TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

0 Orang sukakan blog saya!!!: