Kesempatan tak dapat dilepaskan.


Assalamualaikum....nothing to say.
Hari ni ada masa jap nak update blog...
walaupun tak ada cerita sangat sebab aku update dekat CC...
Tapi tak lah nampak blog aku ni tak berjalan kan???
Labah2 pun tak bersarang kat dalam blog ni buat sawang....
Aku dua tinga hari ni agak tension juga sebab banyak benda nak kena fikir...
Pasal daftar kos pun satu hal juga....
MASALAH......MASALAH....
Siapa yang tak ada masalah kan???

Sangat bosan.....
Okeylah nak cerita panjang2 pun ramai mata yang memandang dekat sini naik segan pula....
Nanti balik rumah baru boleh story morry panjang2 okey...


Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Hoore!...Hoore!


Assalamualaikum,
Review untuk filem ni pulak tapi tak la full review.
Just cerita-cerita kosong untuk dikongsi.
Tadi petang dalam pukul 3, aku gi la A.s...
Bukan A.s dekat luar negara tu A.s aku ni hanyalah Alor setar....
Mula-mula tak tahu nak tengok filem apa sebab pergi pun kebetulan je....
Sampai je dekat sana terus cari tiket movie.
Yang paling dekat dengan masa kita orang tu hanyalah filem ni.....
Tanpa menunggu lagi terus aku suruh abang aku belikan tiket......
Korang nak tahu tak berapa orang dekat dalam panggung tadi??????
Cuba teka???



Kami cuma ada 7 orang je dalam satu hall yang besar tu.....
Punyalah sejuk sebab tak ramai....
Aku tak tahu kenapa tak ramai, maybe sebab filem ni dah lama ditayangkan dekat pawagam.
Filem ni start 24 mei, tapi aku gi tengok 4 jun...kan jauh bezanya tu.....
Filem ni pun bagi aku best jugalah...
Filem Muzikal....Lagu-lagu dekat dalam ni semuanya lagu Arwah Sudirman Hj Arshad.
Memang best sangat....
Banyak pengajaran yang aku dapat bila tonton filem ni.


 Pelakon dalam filem ni pun tak kurang hebatnya....
Ada jugalah bakat-bakat baru ditonjolkan dalam filem ni....
Lakonan diaorang tu pun boleh tahan hebat juga....
Tapi adalah sikit-sikit yang perlu lagi diperbaiki....
Aku harap diaorang terus lagi berusaha untuk memantapkan lagi lakonan tu okey....

9/10 aku bagi untuk Filem ni.....

Tak rugi bagi aku bila tonton Filem Hoore! Hoore!
Hip...hip...hoore......

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Seminggu lagi untuk berblogging....


Assalamualaikum
Tengah malam pagi-pagi buta ni aku nak kisahkan sikit pasal diriku ni. (ayat skema habis)
Tak sampai seminggu lagi semester baru nak bermula.
Perasaan malas aku tu dah memuncak-muncak.
Tak nak balik! tak nak balik!
Rasa macam nak tambah lagi cuti tu biarlah lepas raya baru balik kampus.
Kalau dekat sana nanti mesti susahlah bagi aku nak update blog sebab line internet kat sana agak lembab atau dalam erti kata sebenar susah nak dapat.
Nanti kalau aku lama tak post entry korang faham-faham je lah ya.
bahawasanya pada masa tu aku tengah berjuang.
Mencari Ilmu!!!




Sebenarnya tujuan aku update entry ni just for fun sebab pagi-pagi buta ni mata aku tak nak terpejam pula.
Tapi idea sebenar aku nak update entry ni pasal nak kongsi satu lagi resepi idaman.
Resepi apa tu???
Resepi ni still lagi berkaitan dengan pasta.
Sebabnya hanya makanan tu je aku tau nak masak yang lain tu bukan tak tahu masak tapi agak kurang sikit...mengaku je la tak tahu masak!!!!


(Spageti goreng ala witwit)

Sebenarnya resepi ni memang senang dan ramai yang tahu masak sebab goreng je kan...tapi macam biasa aku still nak kongsi sebab aku yang masak.....spageti goreng ala witwit( awal-awal lagi nak bagi tahu resepi ni mengikut citarasaku)

Bahan-bahannya

  1. Macam biasa spageti mesti direbus...yang ni tak bagi tahu pun mesti orang dah tahu kan.
  2. kicap pekat dan kicap cair.
  3. Tauge. Kalau siapa-siapa tak makan tauge tu tak payah la letak....sebab tak menjejaskan pun kalau tak masukkan tauge.
  4. Daun kucai...mesti dihiris sehalusnya.
  5. Sos ikan....jangan letak banyak-banyak sebab sos ni masin sikit.
  6. Bawang putih dan cili besar/padi. (untuk ditumis)
  7. Telur
  8. garam dan gula.........semestinya.
  9. Ayam.....Kalau anda tak nak letak pun boleh

Cara2x

Mula-mula panaskan minyak lepas dah panas tumiskan bawang putih dan cili tadi hingga naik bau. Masukkan ayam. 

Lepas ayam tadi dah agak masak sikit bolehlah masukkan telur, seelok-eloknya 2 atau 3 biji....tapi kalau nak letak lebih pun ikut suka. 

Masukkan spageti , sos ikan, kicap pikat & cair.....lepas tu gaulkan biar rata.

Lepas tu masukkan gula dan garam secukupnya....tapi pastikan tak terlebih sebab kicap dengan sos ikan tu dah masin jadi seeloknya rasa dulu sebelum masukkan garam dan gula tu.

Masukkan tauge dan daun kucai, gaul hingga sebati.....

Sedia untuk dimakan...la senangkan.....Kalau korang rasa nak masukkan udang ke silakan sebab resepi ni mengikut citarasa masing2x.

JADI SELAMAT MENCUBA




Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Spagetiku...


Assalamualaikum, 
Resepi Spageti Bolognese ala Witwit la.....
 Hai sahabat blogger semua hari ni aku nak kongsi sikit resepi boleh tak???
 Of course la boleh kan.... 
Semalam aku adalah buat spageti tapi spegeti ikut hati akulah kan... 
 Tapi family aku cakap sedap juga, so jom aku kongsi sikit....  

Spageti. Mesti direbus tau jangan makan mentah-mentah pula....hehehe gurau je. Kalau rebus tu pastikan letak sikit minyak supaya nanti spageti tu tak melekat dekat periuk. Lepas dah rebus tu toskan lepas tu tunggulah kuah masak okey.....aku ni buat macamlah aku ni ajar budak-budak tadika kan... 

Bahan-bahan Kuah.


   1. Daging cincang kalau ada yang tak makan daging korang boleh letak ayam juga. Ikut citarasalah.
   2.  Pes tomato (Kalau nak senang korang beli yang dah siap ada kat supermarket tu....)
   3. Lobak merah dihiris nipis...(Kalau nak potong ikut suka hati pun boleh je)
   4. cendawan butang. (Kalau tak nak letak pun tak apa sebab aku tak letak pun...hehheh) 
   5. Bawang besar dengan bawang putih dicincang sehalusnya....(Yanag ini untuk ditumis) 
   6. Garam dengan gula mesti korang dah tahukan. Apa-apa masakan pun mesti letak benda ni kan.


Cara nak masak pula...


1.mula-mula korang panaskan minyak macam selalu lepas minyak tu dah panas tumiskan bawang besar dengan bawang putih tu sampai naik bau.


2.Bila dah naik bau masukkan pes tomato dan daging cincang/ayam. Tambahkan air sikit lepas tu gaul bagi rata.


3.Bila Daging cincang/ayam tu dah macam hampir nak masak, masukkan lobak merah dan cendawan btg tadi.


4.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lepas dah masukkan semua tu biarkan kuah tadi sampai mendidih dan pekat.


Selesai sudah...bila dah masak bolehlah makan dengan spageti tadi....Bolehlah tukar nama kepada nama anda pula.


Resepi yang aku bagi tahu ni kebanyakkannya orang dah tahu tapi aku tetap nak kongsi juga sebab semalam aku makan benda ni dengan hasil air tangan aku sendiri....Ni spageti Ala witwit jadi spageti ni banyak mengikut citarasa aku....


Okey selamat mencuba...Kuantiti dia ikut kesukaan sendiri 

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

BLOGLIST JUN INSAN BIASA....


Assalamualaikum,
Hai geng blogger semua,
Kali ni aku nak join bloglist jun ni pula....
Kalau korang nak join masanya masa ada sampai 5 jun ni...
so cepat2 lah join....
Klik banner dekat atas okey......
Tahu segmen ni pun melalui blog Just For Fun...
Thank you.....

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita

Assalamualaikum, 
Apa khabar sahabat blogger semua... 
Harap dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya..macam tulis surat tak rasmi pula.
Hari ni aku nak kogsi dengan korang beberapa perkara yang perlu dijaga oleh perempuan... 
Tadi sedang aku berfb, ha kali ni bukan berBW tapi fb okey... 
aku terjumpa pasal hal ni... 
okeylah tak nak melalut panjang2x nanti korang bosan pula... 
Jom kita tengok.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.) 

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.) 

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. ) 

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) 

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. 

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.) 

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.) 

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.) 

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.) 

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921) .

Boleh ke wanita jaga semua ini???? Tepuk dada tanyalah hati...peribahasa sendiri... 
Munasabah diri kita sendiri agar yang kurang diperbaiki dan yang dah baik supaya usaha lagi untuk jadi yang terbaik.... 
Aku pun bukannya baik sangat tapi bolehlah untuk kita sama2 perbaiki diri supaya boleh jadi yang lebih baik.... Renung2xkan dan selamat beramal..... 

*Carilah page ini kalau nak tahu...Agak2 bila kita boleh couple...

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI