Mulut berbau. Apa perlu buat???

Assalamualaikum, Nak tahu pasal mulut berbau....fuhhhhh dahsyat


mulut berbau...mulut merahnya mak ngah.....


Hai geng kita jumpa lagi dalam segmen ini..
poyo je aku kan segmen konon....
kali ni aku nak cerita pasal mulut berbau atau dalam bahasa kasarnya mulut busuklaaaa.
Mesti korang penah alamikan????
Jangan bohong kata tak penah.....
Aku dengan jujurnya mengaku memang penah jadi dkt aku....
Baunya alahai satu batu boleh hidu.....>>>satu batu yang dekat jalan tu....
Okeylah tak nak melalut nanti korang bosan nak baca..... Kalau korang ada masalah macam ni mesti korang rasa malu dah rendah dirikan???? aku juga tak terkecuali rasa macam tu. Jadi sekarang aku nak tunjukkan sebab apa mulut kita selalu mengeluarkan bau yang agak tak sedap dihidula....Aku jumpa benda ni kat internet...pak cik google tolong carikan...hehehehe


BAKTERIA 

 Punca utama masalah ni disebabkan bakteria yang telah membiak didalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak. Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. 

MULUT KERING DISEBABKAN KEKURANGAN AIR LIUR 

 Air liur ni sebenarnya bahan pembilas mulut yang semula jadi. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.

 PUNCA AIR LIUR KURANG 

 Mereka yang selalu bernafas melalui mulut menyebabkan angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut.Bercakap terlalu banyak juga boleh menyebabkan kekurangan pengaliran atau perembesan air liur. Berpuasa juga dapat mengurangkan perembesan air liur (Tapi berpuasa ni kan bagus).stress juga menyebabkan kekurangan pengaliran air liur dan banyak lagi puncanya...Klik sini kalau nak tahu lebih lanjut.  

Apa yang patut korang buat kalau ada masalah macam ni???? Meh sini kita baca.... 

1-Membersihkan gigi setiap hari Gosok

gigi memang satu rutin setiap lepas mandi. Tapi jangan terkejut ada juga orang yang tak suka gosok gigi sebabnya aku pun tak tahu. Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda. Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda..selebihnya masih kotor. 

2-Membersihkan lidah setiap hari 

 Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih. Jangan ingat gigi je tau kena gosok lidah pun kena juga..... Korang tarik panjang2 lepas tu korang gosok sampai bersih...hehehe aku gurau je. Korang buat macam mana dia suruh buat la.... 

 3-Minumlah air 

 Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob. 
 4-Menguyah gula getah tanpa gula 

 Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang. Macam mana tu gula getah tanpa gula??? nama pun gula getah...mesti dicuba ni... 

 5-Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol 

 6-Memeriksa gigi anda

Jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem) Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah 

 * gusi yang bengkak dan merah
 * gusi yang senang berdarah apabila disentuh
 * gusi yang sakit
 * nanah keluar dari gusi yang bengkak
 * gigi bergoyang
 *gigi sensitif 
 *sakit pada gigi ketika mengunyah
 * terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
 Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini 
 seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda. 

 7-Berjumpalah dengan doktor gigi 

Untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk. Kalau korang nak 

Maklumat lebih lanjut or nak buat pertanyaan korang boleh pegi dekat link INI Aku pun ambil dari page tu juga...credit to drleen.....


TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

0 Orang sukakan blog saya!!!: