Mengantuk...mata tak bagi tidur!!!!

 Assalamualaikum, hai all entry aku kali ni nak cerita pasal mengantuk sangat2. Kalau hampa semua nak tahu aku dari semalam tak tidur lagi.

Mata aku ni pun dah kuyu ja. Tapi aku tak tahu kenapa bila aku nak lelapkan mata tiba2 mata ni tak mahu pejam pula. Wahai cik mata kenapa dengan mu????.

Sudahlah kaki aku buat hal pagi2. Naik lenguh, nak kata kau jalan banyak kemarin aku just duduk je banyak. Tak tahulah kaki nak sakit pula pagi2 ni. Otak asyik ligat nak update blog pula. Selalunya aku malas tapi hari ni jadi rajin sampai dua entry aku tulis.

Kalau ayat lintang pukang sorrylah yeeee.....tangan menaip tapi mata dah separuh nak pejam.....

Aduhhhhhhh..........ngantuknya......Aku ingat nak update pasal trip melaka tapi nanti aku fikir dulu. Benda dah lama tapi aku je tangguhkan. Hari tu aku dah siap tulis and letak gambar baik punya tiba2 laptop buat hal habis hilang tak sempat nak publish. So selepas tu malas dah la aku nak tulis balik sebab panjang sangat entry trip ke melaka tu.

Insya-Allah nanti aku ada masa dan time aku update okey. Aku ni selalu bajet macam ada je orang duk tunggu entry2 aku ni.......bajet je lebih tapi hampeh.......

Inilah kalau dah tulis ikut suka hati....nak update pasal mengantuk dah terlencong ke tempat lain.......tapi tak apa ni kan blog aku so ikut suka aku la.....lagipun ni just blog untuk aku melepaskan geram berkongsi kegembiraan dan macam2 lagi berkaitan dengan diri aku so BLOG AKU ADALAH HAK AKU.........


TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

0 Orang sukakan blog saya!!!: