Kereta dan diriku( tiada kaitan)

Assalamualaikum, Hai gang. Kalau Tengok Kereta dekat atas tu macam seronok aje pergi bersiar-siarkan. Tapi memandangkan aku ni agak penakut sikit, lesen kereta yang ada dekat dalam purse aku ni hanya boleh dibuat pekasam.....goreng pun sodap, tapi ni lesen nak goreng pun tak teraso.... Aku ni nama je ada lesen tapi bawa pandu kereta hampehhhh sangatlah jarang atau dalam kata senangnya tak langsung. Bukan tak teringin nak pandu kereta tapi aku tetap rasa tak yakin. Dua bulan aku cuti hanyalah duduk dan lepak saja kat rumah, aku pengang stering kereta masa nak panaskan enjin atau saja-saja belagak kononnya aku yang pandu kereta tu....tuiii...apa pun tak boleh. Takut dan perasaan terketar-ketar tu la menyebabkan aku hilang fokus....hehheee cakap je la tak berani kan senang. Kadang-kadang tu bosan juga duduk aje kat rumah buat kerja TLDM ni...makan+lepak dan tidur. Itulah kerja kau siang mahupun malam. Sakit hati.
Haaaaa....tengok tu kalaulah aku boleh drift macam tu pehhhhh mesti tabik spring punya.(Berangan tak habis). Kirim salam la kau nak drift cik wit oiii bawa kereta yang sedia duk ada kat rumah ni pun terketar-ketar. Pak cik umur 50 tahun ke atas pun bawa lagi laju pada kau. Korang nak tengok tak kereta aku. Jangan terkejut okey.
Jeng...jeng...jeng....ni la kereta aku, lawa tak???? cepat cakap lawa kalau tak kita tak nak kawan awak. (Tergedik jap). Memang perasan habislah cik wit sorang ni. Masa bila pula ada kereta macam ni memang tak la kan. Aku ni bukan kaya macam cik tuttt boleh beli kereta macam ni. Merah la tu. Opssss dah merapu lebih ni. Okeylah malas nak layan gila diri sendiri so lain kali kita update lagi. (Terlebih sudah kali ni) Cawwwwww.........wan


TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

0 Orang sukakan blog saya!!!: