BAB 1(Inilah takdirku)


“Boleh la ibu?” pinta Adriana kepada ibunya.
“ibu cakap tak boleh tetap tak boleh.” Tegas sungguh kata-kata puan Azizah kepada anak perempuan sulungnya itu.
“Tapi bu… ana nak pergi cari kerja je…bukan nak pi buat apa pun.” Ujar Adriana dengan bersungguh-sungguh. Harapannya hanya satu ingin ke kuala lumpur untuk mencari kerja.
“ Ana! bukan ibu tak nak bagi ana pi KL tu tapi dekat sana tu bahaya, macam-macam boleh jadi.” Terang puan azizah agar anaknya itu faham akan perasannya yang bimbang itu.
“ Ibu…ana janji kalau ana tak dapat kerja dalam sebulan dekat sana, ana akan balik ke sini okey.” Janji Adriana kepada ibunya.
“Okey lah kalau macam tu, ibu dah tak tahu nak cakap apa.” Balas puan azizah.
Malas dia hendak bertelagah lagi dengan anaknya itu. Bukan dia tak tahu akhirnya dia akan tewas dengan pujukkan anaknya itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa sering benar dia kalah dengan pujukan Adriana. Teringat dia akan seseorang yang berperangai persis anaknya itu. Ialah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Malas dia hendak memikirkan perkara yang dah lepas. Sedang asyik dia mengelamun.
“Ibu kenapa ni…tak sihat ke?” Tanya Adriana lantas memegang kedua belah bahu ibunya. Tiba-tiba saja ibunya diam menyebabkan dia takut akan penyakit lama ibunya itu menyerang kembali. Bukan dia tidak tahu ibunya kalau sakit  bukan hendak bagi tahu. Pernah sekali muka ibunya sudah bertukar warna biru kerana terlalu lama tidak boleh bernafas, nasib bapa tirinya cepat menyedari akan hal itu dan terus saja menghantar ibunya ke hospital kalau tidak entah apa akan terjadi kepada ibunya pun dia tidak tahu.
“dah la...ibu okey, ibu nak masuk tidur dulu, nanti kamu padamkan lampu tu.” Ujar puan azizah lantas bangun dari kerusi.
“baiklah bu….” Balas Adriana dengan senyuman yang melebar. Akhirnya Berjaya juga dia memujuk hati ibunya itu. Bukan dia tidak tahu hati ibunya persis kerak nasi kalau diletak  air lembut juga.
Puan Azizah terus sahaja masuk kedalam biliknya kemudian diikuti oleh Adriana selepas semua lampu dipadamkan.


TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

0 Orang sukakan blog saya!!!: