Atasi pengelupasan kulit...

Assalamualaikum.

 Helooooooooo, hope korang semua sihat okekeyyyy. Hari ni aku nak kongsi sikit pasal kulit mengelupas. Ha.....mesti ramai yang pernah jadi macam ni kan????? so hari ini dengan rasa senangnya aku nak kongsi atau dalam bahasa senangnya bercerita cara2 nak atasi. Cihhhhhh...macam pandai pulakan. Sebenarnya tadi sedang aku duduk sambil berblog walking. Aku teringat nak update entry, fikir punyalah dalam akhirnya aku teringat nak tulis pasal kulit mengelupas. Jadi dengan rasa happyyyy campur terujeee aku pun cepat-cepatlah pi cari pak cik google.....>>> pak cik tolong!!!! itulah cara jerit aku...hahhahaha lawak tak jadi okey dokey tulis panjang-panjang buat sakit tangan je.... jommmmm kita layan

 Kulit mengelupas

Pertama, korang boleh gunakan lidah buaya okeyyy....tapi bukan lidah buaya betullah tapi daun lidah buaya tu, Atau bahasa saitifiknya Aloe vera. Kalau tak ada lidah buaya ni korang bolehlah gunakan lidah lembu ke kambing ke atau seumpamanya, hehhehe gurau je. Kalau tak ada daunnya korang bolehlah gunakan krim atau gel-gel aloe vera yang ada dekat farmasi tu....lagi senang. Aloe vera ni banyak khasiatnya tau kalaulah korang kena air panas atau luka-luka ke boleh juga digunakan. Aloe vera ni boleh berfungsi menyejukkan kulit yang mengelupas tapi kalau korang nak tahu lebih lajut pasal Aloe vera ni bolehlah masuk ke site ni http://www.petuatradisional.com/tips/khasiat-lidah-buaya dekat situ ada diceritakan pasal Aloe vera ni.....kalau ada yang tak tahu macam mana ropaaa aloe vera mehhhh sini nak tunjuk

 
Daun Lidah Buaya



Kedua, Korang bolehlah gunakan pelembab kulit, korang mesti pastikan pelembab tu bebas alkohol dan minyak sebab benda-benda macam tu la yang cepat menyebabkan kulit kering. Gunakan beberapa kali dalam sehari supaya kulit korang tak terus-terusan mengelupas.


Ketiga, pakaian korang tu mesti longgar sebab nanti kalau ketat kulit akan cepat berpeluh. Peluh akan menyebabkan kulit akan berpanjangan mengelupas.

 Keempat, Mandi atau tekapkan ais cream batu diatas kulit selama 20 minit.

 kelima, korang lapkan muka atau kulit dengan tuala yang bersih tau jangan tuala mandi pula sebab tuala mandi untuk mandi....muahheheeheh. Cara dia mesti lembut dan menekapkan pada kulit hingga kering. 

HAAAAAA.....last sekaliu kalau korang teringin nak pi tepi pantai atau keluar rumah pakai-pakailah sunburn tu walaupun kulit korang tak sensitif sebab sekarang panasnya tak macam dulu dah........so selamat mencubalah. Kalau korang tak faham apa yang aku tulis ni korang bolehlah terjah ke blog cik Nisa sebab dekat blog dialah aku terbaca tipssss ni. Jadi Thanklah to Cik Nisa yerrr. Thank juga dekat cik google sebab tunjukkan blog cik Nisa dekat cik Witwit. Tapi cik witwit tulis rangi je mesti ada yang tak faham so pandai-pandailah pi blog cik Nisa untuk maklumat lebih lanjut. Dah macam jual produk pula.

Okeyyyyyy Melalut sudah, byeeeeeeeee....


TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

0 Orang sukakan blog saya!!!: