Apa yang lelaki suka dekat perempuan????


Assalamualaikum, 
Hai sahabat blogger semua, korang sihat tak???
Update entry lagi la.....
Kali ni aku nak story mory pasal 
Apa yang lelaki suka tentang perempuan...
Ha...mesti pompuan dekat luar sana terujeee nak tahukan???
Kalau tak terujee pun buat-buatlah macam terujeee sikit....
sikit pun jadilah
Tadi sedang asyik bercinta aku berBW aku terjumpa atau terserempak dengan satu blog yang mengkongsikan pasal benda ni, so aku dengan rasa gembira ingin berkongsi dengan korang pula....
Okey tak nak celoteh banyak jom kita layan...

Pertama sekali lelaki ni suka perempuan yang bentuk tubuh badan dia menarik. Macam mana tu??? Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Tapi bagi wanita Islam wajib untuk kita menutup aurat.....sebab itulah perempuan yang menutup aurat ini ibarat emas..... emas, mesti disorokkan dan disimpan rapi supaya tiada tangan2 kasar yg rakus mengganas pada emas itu...Tapi tidak salah untuk perempuan itu menjaga badan untuk tatapan suaminya.... Sebab bentuk tubuh menarik pada seorang suami paling banyak pahala ibarat pahala jihad.. 

Kedua, Selain pada bentuk badan aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang agak kemas.Jangan anda merasa pelik jika seorang lelaki itu jatuh cinta pada perempuan hanya kerana hal yang kecil seperti kukunya yang bersih. Sebab lain lelaki lain citarasanya.

Ketiga, Sentiasa tersenyum bila bercakap, Tapi kalau dah tersenyum tu janganlah pula lebih-lebih nanti lelaki ingat korang tak betul pula. Bagi perempuan yang kerja lebih tinggi pada lelaki tu janganlah suka menunjuk-nunjuk pula kata koranglah yang paling hebat sebab lelaki ni suka perempuan yang rendah diri dan tahu hormat orang lain. 

Keempat, Yang ini paling penting bukan sahaja lelaki, siapa-siapa pun akan suka kalau perempuan tu mempunyai sifat lemah-lembut. Sifat lembut ni lah yang selalu membuatkan lelaki cair. Tapi korang kena ingat lelaki ini dia tak berapa suka perempuan yang mengada-ngada atau dalam erti senang nak faham perangai keanak-anakkan...mereka akan cepat meluat. So AWAS.... 

Kelima, Jujurlah dengan mereka terutamanya dengan suami, Si dia mesti akan lebih menghormati korang sebab lelaki ni memang suka perempuan yang jujur atau tidak suka menipu.... Okeylah aku bagi lima saja 

kalau korang nak tahu selebihnya korang bolehlah pergi ke blog INI

Semuanya ada 25...aku tak larat nak tulis panjang2x sebab aku ada banyak lagi kerja nak buat...Betul ke???
Lagipun aku kurang sihat sikit hari ini....
Okeylah selamat membaca...... 


TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

2 Orang sukakan blog saya!!!:

ain dzaya said...

semangat nyer berblog..skit2 pun..update blog lagi..semoga cepat sembuh ye :)

Witwithoney said...

@ain dzaya

Biasalah seorang bloggerkan...thank sudi juga singgah blog saya ni...
Thank you doakan saya..Amin...