Running Man

Assalamualaikum, Dipagi yang hening ni aku nak lepaskan geram pula. Nak tahu sebabnya, ermmmmmmmmmm, Aku nak download rancangan kegemaran aku la si RM ni punyalah payah. Kadang2 sakit hati juga, dah berkali-kali aku cuba download tapi keputusannya still gagal......macam mana aku tak sakit hati pagi-pagi ni. Okey tak nak cerita panjang-panjang pasal kes download tak jadi ni. Sekarang masanya aku nak kongsi peserta-peserta dalam RM ni. Aku mulakan dari yang tua ke muda okey.... 1
Okey ni la nama dia Ji Suk Jin (46) atau dikenali sebagai Big Nose Hyung. Dia merupakan peserta paling lemah diantara yang lain sebabnya aku kurang pasti mungkin faktor usia kot. Dan dia juga merupakan Peserta yang paling tua diantara yang lain. Kalau dia tersingkir mesti pemainan dalam Rm tu jadi baru nak panas. 2
Okey ni pula nama dia Yoo Jae Suk (41). Dia boleh dikatakan Genius juga la. Dialah Mc dalam Rancangan ni. Kadang-kadang dia ni kelakar juga. Nama gelaran dia banyak seperti Yooruce Willis / Grasshopper. 3
Okey ni namanya Kim Jong Kook (36). Dalam banyak-banyak peserta dialah paling kuat dari segi kekuatan dan ingatan, Seorang yang cekap menyelesaikan masalah. Dia juga banyak gelaran antaranya Sparta Kook / Kookie. Dia juga kadang-kadang lemah pada perempuan dan sangat hormat pada tetamu perempuan didalam rancangan ni. 4
Nama Kang Gary (35). Merupakan peserta yang kadang-kadang blee sikit. Dia Juga dikenali sebagai peaceful gary. 5
Haha (34). Kawan baik kepada Kim Jong Kook tapi kadang-kadang suka mengkhianati kawannya sendiri. Nama gelaran Haroro. 6
Nama perempuan ni Song Ji Hyo (32). Dia merupakan satu-satunya peserta perempuan dalam running man. Dia juga seorang yang Genius. Nama gelaran dia Mong Ji Hyo atau Blank Ji Hyo. 7
Dah inilah ahli running man yang ketujuh Lee Gwang Soo (28). Merupakan Ahli yang agak lemah juga. Dia juga merupakan yang paling muda dan tinggi didalam running man. Orang selalu gelar dia girafah sebab ketinggiannya. Dalam running man aku paling suka dekat dia sebab dia kelakar dan tak bosan tengok muka dia. Nama gelaran dia Gwangvatar.
*Kalau dulu ada seorang lagi ahli dalam Rm nama dia Song Joong Ki tapi sekarang dia dah tak ada dalam Rm. Dia dari episod 1- 41 je. Umur dia sama dengan Gwang soo. Orang selalu panggil dia Active Joong Ki. 감사합니다


TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

0 Orang sukakan blog saya!!!: