Epilog!!! (Inilah takdirku)

                                                                                                                              


“Ummi….” Jerit seorang budak perempuan. Lalu berlari untuk mendapatkan ibunya yang baru saja turun dari kereta Nissan skyline crossover 001 milik beliau.
“Syasya, ummi rindu dekat sya.” Adriana mencium kedua belah pipi anak perempuannya itu. Sudah sekian lama rindu terpendam didada hari ini baru dapat dilepaskan.
“Sya pun rindu dekat ummi. Kenapa dah lama ummi tak datang sini?” Qaisya laila bertanya dengan wajah yang tidak mengerti apa-apa.
“Ummi sibuk sikit sayang. Tapi nanti ummi janji akan selalu datang sini ya.” Adriana memimpin tangan anaknya masuk kehalaman rumah banglo empat tingkat itu.
“Janji ya.” Ujar Qaisya dengan wajah polos.
“Ya, sayang ummi janji. Mana abang?” mereka  duduk disebuah gazebo yang terletak disudut halaman rumah tersebut.
“Ada dekat dalam.”
“Jom ummi kita masuk.” Ajak Qaisya bersungguh-sungguh.
“Tak apa la sayang. Ummi tunggu dekat luar je. Nanti sya masuk panggil abang ya. Ummi ada benda nak bagi.” Adriana menayangkan beg kertas ditangannya kepada Qaisya.
“Ummi nak bagi dekat abang je ke? Dekat sya tak ada ke?” Muka hampa dipamerkan kepada Ibunya.
“Mana bolek tak ada. Mesti ada untuk anak ummi ni.” Pipi Qaisya dicubit lembut untuk mengembalikan senyuman diwajah anak kecil itu.
“Okey la ummi tunggu dekat sini. Sya masuk panggil abang.” Teruja dia bila mengetahui ada hadiah dari bonda tersayang untuknya.
Qaisya berlari masuk ke dalam rumah untuk memanggil abangnya. Adriana di luar hanya duduk menunggu sambil melayan perasan.
“Ana…kenapa tak masuk?”  sergah satu suara dari arah belakang. Adriana tersentak lalu memalingkan kepalanya kebelakang.
“Papa, apa khabar?” bangun lantas menyalami tangan bapa mentuanya. Walaupun sudah berpisah dengan bekas suaminya namun hubungannya dengan Tan sri Tengku Shafiq Anuar masih lagi mesra seperti dulu.
“Alhamdulillah baik.”
“Kamu kenapa tak masuk? Eh! Papa tengok sekarang dah kurus sangat kamu ni, tak sihat ke?” Soalan demi soalan diajukan oleh Tan sri Tengku Shafiq Anuar.
“Tak apa la papa dekat sini pun dah cukup. Pasal kurus ni mungkin ana busy sikit kebelakangan ni sampai makan pun tak tentu masa.”
“Kamu tu kerja jangan la sampai abaikan kesihatan.” Pesan Tan sri Tengku Shafiq Anuar kepada menantunya.
“Insya-Allah papa ana akan cuba tak kan abaikan kesihatan ana. Papa jangan la risau.”
“Baiklah kalau macam itu. Betul kamu tak nak masuk?” Tanya Tan sri Shafiq Anuar sekali lagi.
“Tak apalah  papa saya duduk sini je. Kalau saya masuk nanti jadi macam hari tu susah pula.” Tidak mungkin dia lupa kejadian yang berlaku dua bulan lepas. Nyaris dia tidak terkena balingan pasu bunga yang dilemparkan oleh isteri baru bekas suaminya itu kalau tidak mahu berdarah dahinya. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.
“Oh! Okey lah kalau macam tu. Papa masuk dulu ya.” Tan sri Shafiq Anuar hanya mampu bersimpati dengan nasib menantunya itu. Beliau terus saja masuk kedalam rumah selepas bersalaman dengan menantunya. Hilang sahaja kelibat bapa mentuanya dia kembali melayan perasan. Teringat dia pada peristiwa 10 tahun yang lalu.

*saya budak baru belajar kalau salah tolong maafkan....*





TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

0 Orang sukakan blog saya!!!: