Test lagi....

Assalamualaikum, sahabat blogger semua. Lama sudah aku tak update blog kan???? rasa macam dah bertahun lamanya....<bohong giler>. Aku nak tanya pendapat korang macam mana nak bagi orang tertarik bila baca entri kita???? sapa ada pendapat bolehlah kongsikan dengan saya yerrr please......sekarang ni aku rasa cara penulisan entri aku macam membosankan. Bukan orang nak baca je rasa bosan aku yang tulis sendiri ni pun rasa bosan bila baca balik.....BOSAN.....okey stop cerita pasal benda mengarut ni....

Tujuan aku tulis entri ni sebenarnya nak cerita apa yang jadi pada aku hari ni. First sekali pagi-pagi hari lagi aku dah rasa macam darah ni menyirap je naik ke muka. Pagi tadi aku ada speaking test untuk subjek Bel. Test ni ikut group by group. So siapa yang angka giliran dia naik dulu dialah kena test dulu. Untuk dijadikan ceritanya group akulah yang paling last so dengan rasa berat hati campur gembira sebab dapat giliran last sekali aku pun dengan group mate  merangkap roommate aku pun berangkatlah pergi kelas for the speaking test. Tiba-tiba group mate aku yang lagi sorang ni tidaklah kelihatan kelibatnya disitu. hehehe dah macam cerita dulu-dulu pula kan.... Kau nak tahu kenapa??? jeng3x


Rupanya dia dapat berita lain pula. katanya kita orang punya giliran tu esok. Aku pun macam tak puas hati pergilah tanya miss sendiri, nak tahu tak miss kata apa. Miss cakap kalau boleh dia nak buat hari ni juga sampai habis. Tapi group mate aku yang tak datang tu, dia tepon miss cakap dia tak siap lagi so miss pun dengan hati yang panas tenang cakap okeylah group kami boleh buat esok tapi seawal 8.00 pagi. Hati ni dah berdebar-debar nak buat test esok......cerita pasal test! malam ni pun aku ada test juga tau. TEST STRUCTURE.....kira-kira maaaaa....dah la aku lemah bab mengira ni. Alamatnya adalah aksi tiru meniru disitu...hehhehe jahat tak aku....muehhhhh...muehhhh.....ala macam lah korang tak pernah buatkan.... Bak kata Nabil raja lawak <jangan nak membongak>.... entah betul entah tidak ejaan aku tu....main taram je...

Aku tiru kawan sebelah aku dan kawan sebelah aku tu pun tiru aku juga....bak kata orang sekarang sharing is caring kan...So berbekalkan pengetahuan aku yang tak seberapa ni bolehlah juga aku jawab soalan tadi..... Nak kata senang pun tidak susah pun tak juga.....al kisahnya sedang-sedang.....Betul ke tidak itu belakang cite yang penting aku buat kan.....Sekarang ni fikiran aku hanyalah pada speaking test esok.......Menyeramkan....kalaulah english aku gred A+ tak apalah juga ini sekadar gred C- mmg baguslah kan......okeylah sampai sini jelah....penat menaip...


Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Alamak dah lambat????


Gambar hiasan....aty,witwit and fiqah


Assalamualaikum, hai blogger semua. sorryla dah lama aku tak update blog. Dah banyak kali hasrat aku nak update blog ni terbantut disebabkan penyakit malas....okey hari ni perasaan malas tu dah kurang sikit walaupun ada sisa-sisa lagi sikit je ni...huwwwwwwhuwwwww......

Hari ni aku nak cerita pasal satu kisah yang amat sedih+pedih. Tadi pagi aku bangunlah nak makan sahur tapi rasa macam kyang lagi so aku just minum air je.......lepas minum air tu aku pun teruslah sambung balik ketiduran aku tu....org cakap tidur lepas sahur ni tak berapa nak baik so korang janganlah ikut perangai aku ye....nanti jadi macam kisah dekat bawah ni.......



Lepas je aku tidur tu, kawan-kawan aku pun sambung tidur juga. Akibatnya nak tahu tak apa??? kami terbangun lambat...korang cuba banyangkan kami ada kelas pukul 8 pagi tapi terjaga pukul 8.40 pagi...nasiblah classmate aku telefon kalau tidak mmg lajak lagilah kami tidur.... 

Dia orang punyalah jahat kenakan kami tiga orang. Telefon je kami terus cakap kata miss nak bagi surat kena bar dari exam (maknanya tak boleh ambil exam) naik takutlah kami tiga orang....kami pun cepat-cepatlah nak bangun nak gi siap....tapi korang tahu tak apa yang jadi selepas tu??????

 Rupa-rupanya dia orang saja nak kenakan kami....kelas tu cancel....apa lagi kena makilah classmate aku tu......macam nak luruh je jantung kami tiga orang....aku rasa kalau jantung aku ni boleh keluar, dah berlari-lari dah dia keluar dari badan aku.... Inilah satu pengajaran bagi aku and kawan-kawan aku supaya tak tidur dah lepas subuh or sahur...tapi boleh ke??? hehhehe....

 Lepas tu kelas yang kedua pula kami dah tak nak lambat so dengan azam yang baru...kami pun siaplah awal...sampai-sampai kelas je sorang pun tak dak lagi....dipendekkan cerita ropenyeeee kelas tu dibatalkan juga....aduhhh memang nasib kami lah tiga orang hari ni macam-macam jadi.....

Aku story dekat korang pasal hal ni supaya korang ambil sebagai pengajaran bukan gelakkan aku okeyyyy..... Okeylah sampai sini je. Letih dah taip panjang-panjang ni sebab dah lama tak pretissss you all....sorrylah kalau ayat aku ni tunggang-langgang or korang payah nak baca sebab aku dah lama tak update jadi kemahiran susun ayat tu tak tipis....muehhhhhhh...:0
Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Kesempatan tak dapat dilepaskan.


Assalamualaikum....nothing to say.
Hari ni ada masa jap nak update blog...
walaupun tak ada cerita sangat sebab aku update dekat CC...
Tapi tak lah nampak blog aku ni tak berjalan kan???
Labah2 pun tak bersarang kat dalam blog ni buat sawang....
Aku dua tinga hari ni agak tension juga sebab banyak benda nak kena fikir...
Pasal daftar kos pun satu hal juga....
MASALAH......MASALAH....
Siapa yang tak ada masalah kan???

Sangat bosan.....
Okeylah nak cerita panjang2 pun ramai mata yang memandang dekat sini naik segan pula....
Nanti balik rumah baru boleh story morry panjang2 okey...


Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Hoore!...Hoore!


Assalamualaikum,
Review untuk filem ni pulak tapi tak la full review.
Just cerita-cerita kosong untuk dikongsi.
Tadi petang dalam pukul 3, aku gi la A.s...
Bukan A.s dekat luar negara tu A.s aku ni hanyalah Alor setar....
Mula-mula tak tahu nak tengok filem apa sebab pergi pun kebetulan je....
Sampai je dekat sana terus cari tiket movie.
Yang paling dekat dengan masa kita orang tu hanyalah filem ni.....
Tanpa menunggu lagi terus aku suruh abang aku belikan tiket......
Korang nak tahu tak berapa orang dekat dalam panggung tadi??????
Cuba teka???



Kami cuma ada 7 orang je dalam satu hall yang besar tu.....
Punyalah sejuk sebab tak ramai....
Aku tak tahu kenapa tak ramai, maybe sebab filem ni dah lama ditayangkan dekat pawagam.
Filem ni start 24 mei, tapi aku gi tengok 4 jun...kan jauh bezanya tu.....
Filem ni pun bagi aku best jugalah...
Filem Muzikal....Lagu-lagu dekat dalam ni semuanya lagu Arwah Sudirman Hj Arshad.
Memang best sangat....
Banyak pengajaran yang aku dapat bila tonton filem ni.


 Pelakon dalam filem ni pun tak kurang hebatnya....
Ada jugalah bakat-bakat baru ditonjolkan dalam filem ni....
Lakonan diaorang tu pun boleh tahan hebat juga....
Tapi adalah sikit-sikit yang perlu lagi diperbaiki....
Aku harap diaorang terus lagi berusaha untuk memantapkan lagi lakonan tu okey....

9/10 aku bagi untuk Filem ni.....

Tak rugi bagi aku bila tonton Filem Hoore! Hoore!
Hip...hip...hoore......

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Seminggu lagi untuk berblogging....


Assalamualaikum
Tengah malam pagi-pagi buta ni aku nak kisahkan sikit pasal diriku ni. (ayat skema habis)
Tak sampai seminggu lagi semester baru nak bermula.
Perasaan malas aku tu dah memuncak-muncak.
Tak nak balik! tak nak balik!
Rasa macam nak tambah lagi cuti tu biarlah lepas raya baru balik kampus.
Kalau dekat sana nanti mesti susahlah bagi aku nak update blog sebab line internet kat sana agak lembab atau dalam erti kata sebenar susah nak dapat.
Nanti kalau aku lama tak post entry korang faham-faham je lah ya.
bahawasanya pada masa tu aku tengah berjuang.
Mencari Ilmu!!!




Sebenarnya tujuan aku update entry ni just for fun sebab pagi-pagi buta ni mata aku tak nak terpejam pula.
Tapi idea sebenar aku nak update entry ni pasal nak kongsi satu lagi resepi idaman.
Resepi apa tu???
Resepi ni still lagi berkaitan dengan pasta.
Sebabnya hanya makanan tu je aku tau nak masak yang lain tu bukan tak tahu masak tapi agak kurang sikit...mengaku je la tak tahu masak!!!!


(Spageti goreng ala witwit)

Sebenarnya resepi ni memang senang dan ramai yang tahu masak sebab goreng je kan...tapi macam biasa aku still nak kongsi sebab aku yang masak.....spageti goreng ala witwit( awal-awal lagi nak bagi tahu resepi ni mengikut citarasaku)

Bahan-bahannya

  1. Macam biasa spageti mesti direbus...yang ni tak bagi tahu pun mesti orang dah tahu kan.
  2. kicap pekat dan kicap cair.
  3. Tauge. Kalau siapa-siapa tak makan tauge tu tak payah la letak....sebab tak menjejaskan pun kalau tak masukkan tauge.
  4. Daun kucai...mesti dihiris sehalusnya.
  5. Sos ikan....jangan letak banyak-banyak sebab sos ni masin sikit.
  6. Bawang putih dan cili besar/padi. (untuk ditumis)
  7. Telur
  8. garam dan gula.........semestinya.
  9. Ayam.....Kalau anda tak nak letak pun boleh

Cara2x

Mula-mula panaskan minyak lepas dah panas tumiskan bawang putih dan cili tadi hingga naik bau. Masukkan ayam. 

Lepas ayam tadi dah agak masak sikit bolehlah masukkan telur, seelok-eloknya 2 atau 3 biji....tapi kalau nak letak lebih pun ikut suka. 

Masukkan spageti , sos ikan, kicap pikat & cair.....lepas tu gaulkan biar rata.

Lepas tu masukkan gula dan garam secukupnya....tapi pastikan tak terlebih sebab kicap dengan sos ikan tu dah masin jadi seeloknya rasa dulu sebelum masukkan garam dan gula tu.

Masukkan tauge dan daun kucai, gaul hingga sebati.....

Sedia untuk dimakan...la senangkan.....Kalau korang rasa nak masukkan udang ke silakan sebab resepi ni mengikut citarasa masing2x.

JADI SELAMAT MENCUBA




Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Spagetiku...


Assalamualaikum, 
Resepi Spageti Bolognese ala Witwit la.....
 Hai sahabat blogger semua hari ni aku nak kongsi sikit resepi boleh tak???
 Of course la boleh kan.... 
Semalam aku adalah buat spageti tapi spegeti ikut hati akulah kan... 
 Tapi family aku cakap sedap juga, so jom aku kongsi sikit....  

Spageti. Mesti direbus tau jangan makan mentah-mentah pula....hehehe gurau je. Kalau rebus tu pastikan letak sikit minyak supaya nanti spageti tu tak melekat dekat periuk. Lepas dah rebus tu toskan lepas tu tunggulah kuah masak okey.....aku ni buat macamlah aku ni ajar budak-budak tadika kan... 

Bahan-bahan Kuah.


   1. Daging cincang kalau ada yang tak makan daging korang boleh letak ayam juga. Ikut citarasalah.
   2.  Pes tomato (Kalau nak senang korang beli yang dah siap ada kat supermarket tu....)
   3. Lobak merah dihiris nipis...(Kalau nak potong ikut suka hati pun boleh je)
   4. cendawan butang. (Kalau tak nak letak pun tak apa sebab aku tak letak pun...hehheh) 
   5. Bawang besar dengan bawang putih dicincang sehalusnya....(Yanag ini untuk ditumis) 
   6. Garam dengan gula mesti korang dah tahukan. Apa-apa masakan pun mesti letak benda ni kan.


Cara nak masak pula...


1.mula-mula korang panaskan minyak macam selalu lepas minyak tu dah panas tumiskan bawang besar dengan bawang putih tu sampai naik bau.


2.Bila dah naik bau masukkan pes tomato dan daging cincang/ayam. Tambahkan air sikit lepas tu gaul bagi rata.


3.Bila Daging cincang/ayam tu dah macam hampir nak masak, masukkan lobak merah dan cendawan btg tadi.


4.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lepas dah masukkan semua tu biarkan kuah tadi sampai mendidih dan pekat.


Selesai sudah...bila dah masak bolehlah makan dengan spageti tadi....Bolehlah tukar nama kepada nama anda pula.


Resepi yang aku bagi tahu ni kebanyakkannya orang dah tahu tapi aku tetap nak kongsi juga sebab semalam aku makan benda ni dengan hasil air tangan aku sendiri....Ni spageti Ala witwit jadi spageti ni banyak mengikut citarasa aku....


Okey selamat mencuba...Kuantiti dia ikut kesukaan sendiri 

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

BLOGLIST JUN INSAN BIASA....


Assalamualaikum,
Hai geng blogger semua,
Kali ni aku nak join bloglist jun ni pula....
Kalau korang nak join masanya masa ada sampai 5 jun ni...
so cepat2 lah join....
Klik banner dekat atas okey......
Tahu segmen ni pun melalui blog Just For Fun...
Thank you.....

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita

Assalamualaikum, 
Apa khabar sahabat blogger semua... 
Harap dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya..macam tulis surat tak rasmi pula.
Hari ni aku nak kogsi dengan korang beberapa perkara yang perlu dijaga oleh perempuan... 
Tadi sedang aku berfb, ha kali ni bukan berBW tapi fb okey... 
aku terjumpa pasal hal ni... 
okeylah tak nak melalut panjang2x nanti korang bosan pula... 
Jom kita tengok.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.) 

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.) 

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. ) 

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) 

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. 

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.) 

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.) 

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.) 

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.) 

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. 

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921) .

Boleh ke wanita jaga semua ini???? Tepuk dada tanyalah hati...peribahasa sendiri... 
Munasabah diri kita sendiri agar yang kurang diperbaiki dan yang dah baik supaya usaha lagi untuk jadi yang terbaik.... 
Aku pun bukannya baik sangat tapi bolehlah untuk kita sama2 perbaiki diri supaya boleh jadi yang lebih baik.... Renung2xkan dan selamat beramal..... 

*Carilah page ini kalau nak tahu...Agak2 bila kita boleh couple...

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Apa yang lelaki suka dekat perempuan????


Assalamualaikum, 
Hai sahabat blogger semua, korang sihat tak???
Update entry lagi la.....
Kali ni aku nak story mory pasal 
Apa yang lelaki suka tentang perempuan...
Ha...mesti pompuan dekat luar sana terujeee nak tahukan???
Kalau tak terujee pun buat-buatlah macam terujeee sikit....
sikit pun jadilah
Tadi sedang asyik bercinta aku berBW aku terjumpa atau terserempak dengan satu blog yang mengkongsikan pasal benda ni, so aku dengan rasa gembira ingin berkongsi dengan korang pula....
Okey tak nak celoteh banyak jom kita layan...

Pertama sekali lelaki ni suka perempuan yang bentuk tubuh badan dia menarik. Macam mana tu??? Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Tapi bagi wanita Islam wajib untuk kita menutup aurat.....sebab itulah perempuan yang menutup aurat ini ibarat emas..... emas, mesti disorokkan dan disimpan rapi supaya tiada tangan2 kasar yg rakus mengganas pada emas itu...Tapi tidak salah untuk perempuan itu menjaga badan untuk tatapan suaminya.... Sebab bentuk tubuh menarik pada seorang suami paling banyak pahala ibarat pahala jihad.. 

Kedua, Selain pada bentuk badan aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang agak kemas.Jangan anda merasa pelik jika seorang lelaki itu jatuh cinta pada perempuan hanya kerana hal yang kecil seperti kukunya yang bersih. Sebab lain lelaki lain citarasanya.

Ketiga, Sentiasa tersenyum bila bercakap, Tapi kalau dah tersenyum tu janganlah pula lebih-lebih nanti lelaki ingat korang tak betul pula. Bagi perempuan yang kerja lebih tinggi pada lelaki tu janganlah suka menunjuk-nunjuk pula kata koranglah yang paling hebat sebab lelaki ni suka perempuan yang rendah diri dan tahu hormat orang lain. 

Keempat, Yang ini paling penting bukan sahaja lelaki, siapa-siapa pun akan suka kalau perempuan tu mempunyai sifat lemah-lembut. Sifat lembut ni lah yang selalu membuatkan lelaki cair. Tapi korang kena ingat lelaki ini dia tak berapa suka perempuan yang mengada-ngada atau dalam erti senang nak faham perangai keanak-anakkan...mereka akan cepat meluat. So AWAS.... 

Kelima, Jujurlah dengan mereka terutamanya dengan suami, Si dia mesti akan lebih menghormati korang sebab lelaki ni memang suka perempuan yang jujur atau tidak suka menipu.... Okeylah aku bagi lima saja 

kalau korang nak tahu selebihnya korang bolehlah pergi ke blog INI

Semuanya ada 25...aku tak larat nak tulis panjang2x sebab aku ada banyak lagi kerja nak buat...Betul ke???
Lagipun aku kurang sihat sikit hari ini....
Okeylah selamat membaca...... 

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Hukum Letak Iklan Dalam Blog...

Assalamualaikum, 
Hai semua sahabat blogger...
Hari ni aku terpanggil nak cerita pasal
Hukum letak Iklan dalam blog. Tadi aku saja je BW sana sini.....
seronok2x je tiba-tiba aku terjumpa pasal hal ini.
So dengan rasa terujeee aku pun bacalah apa yang blogger tu tulis....
Sekarang ni ramai blogger2 baru yang masuk ke arena blogging ni (dah macam arena sukan pula) salah satunya akulah...makin ramai blogger2 baru ni terpengaruh dengan rakan2x blogger lain dengan memasang iklan dekat blog.... 
Tahukan anda apa Hukumnya????

Hukum..
Harus(dibolehkan) – tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka.
Sebenarnya aku pun tak pasti akan hal ini sebab ilmu aku taklah tinggi lagi pasal hal ni kalau korang rasa nak tahu lebih lanjut bolehlah baca blog2x dekat bawah ni....


  1.  Inversion Plan
  2. Hady 83 
  3. Aizuddin
  4. Krai Utara   
Jadi aku harap korang bolehlah terjah blog2x yang aku linkkan dekat atas tu kalau nak tahu pasal semua ni....

Renung2kan dan selamat beramal.....

Wallahualam....

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

"Exclusive Giveaway By Cik Bunny"

 

Assalamualaikum,
Hai semua Join Giveaway lagi nampaknya....
sejak dua menjak ni aku asyik join giveaway pulakan....( padahal baru dua)
okeylah kalau korang nak juga join GA dari blog Cik Bunny ni Klik je banner dekat atas tu....
Klik jangan tak Klik......
Kalau susah sangat

Kalau nak tahu
Syarat2x nak join GA ni korang boleh terjah Blog Cik Bunny


Tarikh tutup: akan ditutup sekiranya lebih dari 500 penyertaan. (without double link) Jadi, kalau nak ditutup lebih cepat, ajaklah ramai2 join GA ni k. Ada hadiah untuk top referral! =D

Kalau korang nak tahu lebih lajut pasal GA ni klik je banner dekat atas...okey....

Tag pada Blogger comel

Ayat Akhir...
 " Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA Shop, Butikpinkku, Bunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique) "

SELAMAT MENCUBA......




Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Mulut berbau. Apa perlu buat???

Assalamualaikum, Nak tahu pasal mulut berbau....fuhhhhh dahsyat


mulut berbau...mulut merahnya mak ngah.....


Hai geng kita jumpa lagi dalam segmen ini..
poyo je aku kan segmen konon....
kali ni aku nak cerita pasal mulut berbau atau dalam bahasa kasarnya mulut busuklaaaa.
Mesti korang penah alamikan????
Jangan bohong kata tak penah.....
Aku dengan jujurnya mengaku memang penah jadi dkt aku....
Baunya alahai satu batu boleh hidu.....>>>satu batu yang dekat jalan tu....
Okeylah tak nak melalut nanti korang bosan nak baca..... Kalau korang ada masalah macam ni mesti korang rasa malu dah rendah dirikan???? aku juga tak terkecuali rasa macam tu. Jadi sekarang aku nak tunjukkan sebab apa mulut kita selalu mengeluarkan bau yang agak tak sedap dihidula....Aku jumpa benda ni kat internet...pak cik google tolong carikan...hehehehe


BAKTERIA 

 Punca utama masalah ni disebabkan bakteria yang telah membiak didalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak. Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. 

MULUT KERING DISEBABKAN KEKURANGAN AIR LIUR 

 Air liur ni sebenarnya bahan pembilas mulut yang semula jadi. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.

 PUNCA AIR LIUR KURANG 

 Mereka yang selalu bernafas melalui mulut menyebabkan angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut.Bercakap terlalu banyak juga boleh menyebabkan kekurangan pengaliran atau perembesan air liur. Berpuasa juga dapat mengurangkan perembesan air liur (Tapi berpuasa ni kan bagus).stress juga menyebabkan kekurangan pengaliran air liur dan banyak lagi puncanya...Klik sini kalau nak tahu lebih lanjut.  

Apa yang patut korang buat kalau ada masalah macam ni???? Meh sini kita baca.... 

1-Membersihkan gigi setiap hari Gosok

gigi memang satu rutin setiap lepas mandi. Tapi jangan terkejut ada juga orang yang tak suka gosok gigi sebabnya aku pun tak tahu. Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda. Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda..selebihnya masih kotor. 

2-Membersihkan lidah setiap hari 

 Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih. Jangan ingat gigi je tau kena gosok lidah pun kena juga..... Korang tarik panjang2 lepas tu korang gosok sampai bersih...hehehe aku gurau je. Korang buat macam mana dia suruh buat la.... 

 3-Minumlah air 

 Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob. 
 4-Menguyah gula getah tanpa gula 

 Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang. Macam mana tu gula getah tanpa gula??? nama pun gula getah...mesti dicuba ni... 

 5-Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol 

 6-Memeriksa gigi anda

Jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem) Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah 

 * gusi yang bengkak dan merah
 * gusi yang senang berdarah apabila disentuh
 * gusi yang sakit
 * nanah keluar dari gusi yang bengkak
 * gigi bergoyang
 *gigi sensitif 
 *sakit pada gigi ketika mengunyah
 * terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
 Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini 
 seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda. 

 7-Berjumpalah dengan doktor gigi 

Untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk. Kalau korang nak 

Maklumat lebih lanjut or nak buat pertanyaan korang boleh pegi dekat link INI Aku pun ambil dari page tu juga...credit to drleen.....

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Kuno

Assalamualaikum,
hello geng blogger yang cute lagi cantik tetarik kau memang tembam dabomb ni
Korang bacakan tajuk aku kat atas tu,
kuno, apa tu kuno????
aku sebenarnya nak ajak korang ke zaman kuno....
betul ke????

Sebenarnya kuno tu aku tujukan pada diri aku yang mengalami tahap kekunoan yang agak tinggi jugalah. Selama aku berblogging ni baru sekarang aku tahu apa tu blockquote. Memang agak menyedihkan...siapa yang tak tahu apa tu blockquote sila angkat semua yang boleh diangkat biar malu aku ni kurang sikit walaupun orang tak nampak aku pun. Tapi malang tidak berbau blog aku tak boleh nak buat benda tu sebabnya aku pun tak tahu. Punyalah aku berhempas pulas bermain dengan coding tadi tapi hasilnya hampehhhh apa pun tak boleh. Sakit kepala aku dah macam nak gila bercoding-coding tadi, rasa macam nak je aku hempukkkk laptop aku yang terhangat dipasaran ni ke lantai atau dinding. Tapi memandangkan laptop ni dibeli oleh bapak aku memang tak ada harapan aku nak hempukkk benda ni silap2x aku pula yang dihempukkk....nasiblah coding tak jadi...>< Tahap kesabaran aku juga diuji dengan line internet semacam siput b**i berjalan mengesot. 



Renovation time,
Renovate blog tak adalah pakai pensel tau pembaris macam dekat dalam gambar tu...
memang tak masuk akal lah kalau pakai semua tu..... 
Renovate blog kita pakai coding tulah yang menyebabkan kepala aku pun lambat nak loding sebab berat dengan coding tu....
selama dua tiga bulan hari ni aku busylah sikit renovate aku punya blog
walaupun tak seglamorrr or secantik blog2x terkenal tu tapi memadai bagi aku seorang blogger barukan.
kalau korang tak suka sorrylah yeeee...

Kalau dulu blog aku warna kuning keorenan...haaaa macam mana tu pening tak....meh aku tunjuk sikit

Inilah blog aku dulu

Blog aku sekarang macam yang korang tengok sekaranglah....
Biru kehijauan....aku memang suka campur2x warna 
colorful....sikit
okeylah sampai sini dulu....
nanti lain masa lain hari dan lain tahun aku update lagi......

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

3rd GIVEAWAY by 'Syafiqah Hashim'

 


Assalamualaikum,
Hari ini time nak join giveaway ni pula.
nampak macam best dan hadiah pun boleh tahan menarik
So kalau korang nak join bolehlah klik di sini ataupun tekan je dekat banner di atas....
Ini first time tau aku join giveaway manalah tahu nasib boleh menang

kalau korang nak join dipersilakan sementara masa masih ada

syarat-syaratnya

1. be pikalurve follower supaya mudah untuk tahu update GA
2. like page pikalurve
3. buat satu simple entry khas and letak banner GA
4. tag 3 rakan anda untuk join
5. hantar link entry anda dekat comment di sini (bersertakan email & FB anda)

and you are OFFICIALLY JOIN this Giveaway!
*semua syarat wajib dibuat, kalau tidak penyertaan anda terbatal..TQ 
this GIVEAWAY only valid for only 10 DAYS
starting from 22 MAY 2012 - 31 MAY 2012
Tag kepada blogger cantik2x ni <3
Kalau korang ada yang tak faham lagi macam mana nak join aku syorkan korang pegi je ke blog Syafiqah Hashim yang cute tu....  jangan lupa follow sekali.....

<SELAMAT JOIN OKEY>



Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

"Segmen Bloglist: Saya Blogger Newbie"



Join segmen ni pula....
kalau nak join klik je banner atas.

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

"Segmen 2 : Jom Blogwalking & Cari Bloglist Jun"


Assalamualaikum,


Time for join.....hari ni aku nak join segmen ni, nampak menarik. Sekirannya korang nak join pun boleh tarikh tutup hujung bulan 5, masih ada beberapa hari lagi jom join...Kalau nak join klik je banner kat atas.....syarat2


  • Korang mestilah warganegara malaysia 
  • Umur kalu belum masuk setengah abad korang boleh join
  • Follow blog aku dulu...(blog cik Linda Zehan)
  • Buat satu tajuk entry "Segmen 2 : Jom Blogwalking & Cari Bloglist Jun"
  • Copy Banner dan link kan ke sini (promote link segmen)>>>blog Cik Linda Zehan
  • Tag 2 member korang 
  • Tarikh tutup segmen hujung Bulan 5
  • korang yg terpilih akan dimasukan dlm Kotak Bloglist aku utk dipromote kan di Bulan Jun depan

Aku nak tag kepada dua orang blogger cute.

  1. Cik Atyrah (sesuci embun pagi)
  2. Ordinaryzaty

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Atasi pengelupasan kulit...

Assalamualaikum.

 Helooooooooo, hope korang semua sihat okekeyyyy. Hari ni aku nak kongsi sikit pasal kulit mengelupas. Ha.....mesti ramai yang pernah jadi macam ni kan????? so hari ini dengan rasa senangnya aku nak kongsi atau dalam bahasa senangnya bercerita cara2 nak atasi. Cihhhhhh...macam pandai pulakan. Sebenarnya tadi sedang aku duduk sambil berblog walking. Aku teringat nak update entry, fikir punyalah dalam akhirnya aku teringat nak tulis pasal kulit mengelupas. Jadi dengan rasa happyyyy campur terujeee aku pun cepat-cepatlah pi cari pak cik google.....>>> pak cik tolong!!!! itulah cara jerit aku...hahhahaha lawak tak jadi okey dokey tulis panjang-panjang buat sakit tangan je.... jommmmm kita layan

 Kulit mengelupas

Pertama, korang boleh gunakan lidah buaya okeyyy....tapi bukan lidah buaya betullah tapi daun lidah buaya tu, Atau bahasa saitifiknya Aloe vera. Kalau tak ada lidah buaya ni korang bolehlah gunakan lidah lembu ke kambing ke atau seumpamanya, hehhehe gurau je. Kalau tak ada daunnya korang bolehlah gunakan krim atau gel-gel aloe vera yang ada dekat farmasi tu....lagi senang. Aloe vera ni banyak khasiatnya tau kalaulah korang kena air panas atau luka-luka ke boleh juga digunakan. Aloe vera ni boleh berfungsi menyejukkan kulit yang mengelupas tapi kalau korang nak tahu lebih lajut pasal Aloe vera ni bolehlah masuk ke site ni http://www.petuatradisional.com/tips/khasiat-lidah-buaya dekat situ ada diceritakan pasal Aloe vera ni.....kalau ada yang tak tahu macam mana ropaaa aloe vera mehhhh sini nak tunjuk

 
Daun Lidah Buaya



Kedua, Korang bolehlah gunakan pelembab kulit, korang mesti pastikan pelembab tu bebas alkohol dan minyak sebab benda-benda macam tu la yang cepat menyebabkan kulit kering. Gunakan beberapa kali dalam sehari supaya kulit korang tak terus-terusan mengelupas.


Ketiga, pakaian korang tu mesti longgar sebab nanti kalau ketat kulit akan cepat berpeluh. Peluh akan menyebabkan kulit akan berpanjangan mengelupas.

 Keempat, Mandi atau tekapkan ais cream batu diatas kulit selama 20 minit.

 kelima, korang lapkan muka atau kulit dengan tuala yang bersih tau jangan tuala mandi pula sebab tuala mandi untuk mandi....muahheheeheh. Cara dia mesti lembut dan menekapkan pada kulit hingga kering. 

HAAAAAA.....last sekaliu kalau korang teringin nak pi tepi pantai atau keluar rumah pakai-pakailah sunburn tu walaupun kulit korang tak sensitif sebab sekarang panasnya tak macam dulu dah........so selamat mencubalah. Kalau korang tak faham apa yang aku tulis ni korang bolehlah terjah ke blog cik Nisa sebab dekat blog dialah aku terbaca tipssss ni. Jadi Thanklah to Cik Nisa yerrr. Thank juga dekat cik google sebab tunjukkan blog cik Nisa dekat cik Witwit. Tapi cik witwit tulis rangi je mesti ada yang tak faham so pandai-pandailah pi blog cik Nisa untuk maklumat lebih lanjut. Dah macam jual produk pula.

Okeyyyyyy Melalut sudah, byeeeeeeeee....
Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Inginkan templates...jom follow blog ini...

Assalamualaikum, siapa yang nak tempah logo design, facebook cover timeline, blog design, blog headers dan sebagainya. Bolehlah kunjungi blog ini. link http://www.templatesales.co.cc/ . Follow jangan tak follow. Header aku ini pun ditempah dekat blog tu so kalau korang nak tempah boleh ikut citarasa koranglah. Murah, cepat dan cantik....Dalam seminggu saja.

Baca selanjutnya...
Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Kereta dan diriku( tiada kaitan)

Assalamualaikum, Hai gang. Kalau Tengok Kereta dekat atas tu macam seronok aje pergi bersiar-siarkan. Tapi memandangkan aku ni agak penakut sikit, lesen kereta yang ada dekat dalam purse aku ni hanya boleh dibuat pekasam.....goreng pun sodap, tapi ni lesen nak goreng pun tak teraso.... Aku ni nama je ada lesen tapi bawa pandu kereta hampehhhh sangatlah jarang atau dalam kata senangnya tak langsung. Bukan tak teringin nak pandu kereta tapi aku tetap rasa tak yakin. Dua bulan aku cuti hanyalah duduk dan lepak saja kat rumah, aku pengang stering kereta masa nak panaskan enjin atau saja-saja belagak kononnya aku yang pandu kereta tu....tuiii...apa pun tak boleh. Takut dan perasaan terketar-ketar tu la menyebabkan aku hilang fokus....hehheee cakap je la tak berani kan senang. Kadang-kadang tu bosan juga duduk aje kat rumah buat kerja TLDM ni...makan+lepak dan tidur. Itulah kerja kau siang mahupun malam. Sakit hati.
Haaaaa....tengok tu kalaulah aku boleh drift macam tu pehhhhh mesti tabik spring punya.(Berangan tak habis). Kirim salam la kau nak drift cik wit oiii bawa kereta yang sedia duk ada kat rumah ni pun terketar-ketar. Pak cik umur 50 tahun ke atas pun bawa lagi laju pada kau. Korang nak tengok tak kereta aku. Jangan terkejut okey.
Jeng...jeng...jeng....ni la kereta aku, lawa tak???? cepat cakap lawa kalau tak kita tak nak kawan awak. (Tergedik jap). Memang perasan habislah cik wit sorang ni. Masa bila pula ada kereta macam ni memang tak la kan. Aku ni bukan kaya macam cik tuttt boleh beli kereta macam ni. Merah la tu. Opssss dah merapu lebih ni. Okeylah malas nak layan gila diri sendiri so lain kali kita update lagi. (Terlebih sudah kali ni) Cawwwwww.........wan

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Running Man

Assalamualaikum, Dipagi yang hening ni aku nak lepaskan geram pula. Nak tahu sebabnya, ermmmmmmmmmm, Aku nak download rancangan kegemaran aku la si RM ni punyalah payah. Kadang2 sakit hati juga, dah berkali-kali aku cuba download tapi keputusannya still gagal......macam mana aku tak sakit hati pagi-pagi ni. Okey tak nak cerita panjang-panjang pasal kes download tak jadi ni. Sekarang masanya aku nak kongsi peserta-peserta dalam RM ni. Aku mulakan dari yang tua ke muda okey.... 1
Okey ni la nama dia Ji Suk Jin (46) atau dikenali sebagai Big Nose Hyung. Dia merupakan peserta paling lemah diantara yang lain sebabnya aku kurang pasti mungkin faktor usia kot. Dan dia juga merupakan Peserta yang paling tua diantara yang lain. Kalau dia tersingkir mesti pemainan dalam Rm tu jadi baru nak panas. 2
Okey ni pula nama dia Yoo Jae Suk (41). Dia boleh dikatakan Genius juga la. Dialah Mc dalam Rancangan ni. Kadang-kadang dia ni kelakar juga. Nama gelaran dia banyak seperti Yooruce Willis / Grasshopper. 3
Okey ni namanya Kim Jong Kook (36). Dalam banyak-banyak peserta dialah paling kuat dari segi kekuatan dan ingatan, Seorang yang cekap menyelesaikan masalah. Dia juga banyak gelaran antaranya Sparta Kook / Kookie. Dia juga kadang-kadang lemah pada perempuan dan sangat hormat pada tetamu perempuan didalam rancangan ni. 4
Nama Kang Gary (35). Merupakan peserta yang kadang-kadang blee sikit. Dia Juga dikenali sebagai peaceful gary. 5
Haha (34). Kawan baik kepada Kim Jong Kook tapi kadang-kadang suka mengkhianati kawannya sendiri. Nama gelaran Haroro. 6
Nama perempuan ni Song Ji Hyo (32). Dia merupakan satu-satunya peserta perempuan dalam running man. Dia juga seorang yang Genius. Nama gelaran dia Mong Ji Hyo atau Blank Ji Hyo. 7
Dah inilah ahli running man yang ketujuh Lee Gwang Soo (28). Merupakan Ahli yang agak lemah juga. Dia juga merupakan yang paling muda dan tinggi didalam running man. Orang selalu gelar dia girafah sebab ketinggiannya. Dalam running man aku paling suka dekat dia sebab dia kelakar dan tak bosan tengok muka dia. Nama gelaran dia Gwangvatar.
*Kalau dulu ada seorang lagi ahli dalam Rm nama dia Song Joong Ki tapi sekarang dia dah tak ada dalam Rm. Dia dari episod 1- 41 je. Umur dia sama dengan Gwang soo. Orang selalu panggil dia Active Joong Ki. 감사합니다

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Hanya cubaan
Aku akan buat macam ini
Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Bercinta selepas Kahwin!!! Seronok...

Assalamualaikum, apa khabar semua, hari ni tajuk entry aku bercinta selepas kahwin. Bagi pandangan aku bercinta selepas kahwin ni memang seronok sebab kita dah ada hubungan yang halal jadi kita nak buat apa dengan pasangan kita pun tak dak sapa nak halang.

Setiap manusia mesti ada perasan nak bercinta tapi bergantung pada orang itu dia nak bercinta selepas kahwin atau sebelum kahwin. Tapi bagi aku bila kita bercinta selepas kahwin mesti lebih rasa keseronokkannya. Tapi itu bagi pandangan aku la.


Cuba tengok gambar dekat atas tu. Mesti seronokkan bila kita ada pasangan macam tu. Tapi sebelum kita nak ada pasangan yang soleh atau solehah mesti kita kena munasabah diri kita adakan kita juga soleh atau solehah. Jadi kita juga harus berubah kearah kebaikan. Perempuan solehah adalah untuk lelaki yang soleh begitulah sebaliknya....renung-renungkan dan selamat beramal....Aku pun tak lah baik mana tapi boleh usaha untuk jadi yang lebih baik....begitu juga anda semua......Sorry Ayat aku banyak tergantung.....


Suka tengok pasangan macam ni

Credit to cik google........

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Untuk dia!!!!!!!!


Assalamualaikum, hai all hari ni nak story pasal video dekat atas ni....ermmmm Najwa latif si gadis youtube ni dengan kumpulan sleeq.

Mula2 aku dengar lagu ni dekat dalam kereta masa tu aku baru je balik dari kampung. Bila mula2 dengar tertanya2 juga lagu sapa ni???? tapi bila dah selalu dengar macam kenal je suara si gadis tu so aku apa lagi cepat2 la pi cari cik google nak tanya betul ke ni lagu najwa latif ni.

Cari punya selongkar akhirnya penantian ku berakhir juga dengan mengetahui bahawasanya lagu ni memang milik najwa latif dan di ft oleh sleeq.....cissss panjang pula celoteh aku malam ni.....

Sebenarnya tujuan aku publish video ni saja2 je dah tak ada kerja nampaknya......

Okeylah thank you to miss youtube dan kalau korang nak dengar lagu ni just pausekan je lagu dekat blog aku ni.....okey sampai sini je.....Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Uitm dihatiku.


Assalamualaikum, hai all bhari ni tiba2 rajin pula aku nak buat entry pasal uitm aku yang tersayang ni. tapi sedang asyik berfb aku terperasan ada sorang rakan fb aku ni update pasal Uitm ni so aku pun klik la pada pautan tu and dalam tu dia cerita semua tentang Uitm Seri Iskandar yang berseri tu la.....

Aku bukan nak story semua yang ada kat uitm tu. Aku just nak cerita macam mana hidup aku dekat sana. Kalau korang nak tahu pasal Uitm Dihatiku tu korang just tekan je perkataan klik tu nanti korang tahulah macam mana rupa uitm seri iskandar tu......jangan malu untuk klik yeeee.....

Kehidupan aku dekat sana ok2 je. Happy la ramai kawan. Dekat Uitm aku ada 2 orang kawan baik iaitu cik Atyrah dan cik Fiqah......

Inilah kawan baik aku yang kanan tu cik Aty and yang tengah tu cik fiqah  

Dia orang lah kawan baik aku dekat sana. Masa sem satu kami tinggal bilik berasingan, tapi selalu juga la bersms dan bercalling-calling.....tanya kau kat mana? kau dengan siapa? dan kau bagaimana? hehehehe yang soalan last tu aku taram(hentam) je.......

Tapi bila dan sem dua kami minta duduk bilik sekali. Aku lah yang paling jauh terbang dari blog Angsana ke blog kekwa.....jauh tu aku terbang dari A ke K.  Tapi tak apa asal boleh duduk sekali tu yang best sebab senang nak buat kerja dan nak gi kelas pun senang tak payah nak call dah jimat kredit sikit.....sem depan aku tak tahu lagi macam mana harap2 dapatlah duduk sekali lagi......dah macam tajuk filem pula sekali lagi.....kuakkkkkkk......kuakkkkkkk.......kuakkkkkkkkkk

Dekat Uitm ni best walaupun agak panas sedikit tapi tak apa sebab aku dah biasa. Panas pun redah je.....sekarang lagi best dah ada tesco so para pelajar adalah pilihan sikit nak beli barang walaupun tesco tu tak sebesar mana tapi memadai la untuk kita buat pilihan.

Dekat Uitm Seri iskandar ni pun ada perhidmatan bas hanya dengan satu ringgit sahaja....hehehehe murah kan....macam promot pula aku ni...okey cukup kut sampai disini saja nanti aku update dilain hari..(ayat mat skema pula)

 

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Mengantuk...mata tak bagi tidur!!!!

 Assalamualaikum, hai all entry aku kali ni nak cerita pasal mengantuk sangat2. Kalau hampa semua nak tahu aku dari semalam tak tidur lagi.

Mata aku ni pun dah kuyu ja. Tapi aku tak tahu kenapa bila aku nak lelapkan mata tiba2 mata ni tak mahu pejam pula. Wahai cik mata kenapa dengan mu????.

Sudahlah kaki aku buat hal pagi2. Naik lenguh, nak kata kau jalan banyak kemarin aku just duduk je banyak. Tak tahulah kaki nak sakit pula pagi2 ni. Otak asyik ligat nak update blog pula. Selalunya aku malas tapi hari ni jadi rajin sampai dua entry aku tulis.

Kalau ayat lintang pukang sorrylah yeeee.....tangan menaip tapi mata dah separuh nak pejam.....

Aduhhhhhhh..........ngantuknya......Aku ingat nak update pasal trip melaka tapi nanti aku fikir dulu. Benda dah lama tapi aku je tangguhkan. Hari tu aku dah siap tulis and letak gambar baik punya tiba2 laptop buat hal habis hilang tak sempat nak publish. So selepas tu malas dah la aku nak tulis balik sebab panjang sangat entry trip ke melaka tu.

Insya-Allah nanti aku ada masa dan time aku update okey. Aku ni selalu bajet macam ada je orang duk tunggu entry2 aku ni.......bajet je lebih tapi hampeh.......

Inilah kalau dah tulis ikut suka hati....nak update pasal mengantuk dah terlencong ke tempat lain.......tapi tak apa ni kan blog aku so ikut suka aku la.....lagipun ni just blog untuk aku melepaskan geram berkongsi kegembiraan dan macam2 lagi berkaitan dengan diri aku so BLOG AKU ADALAH HAK AKU.........
Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

I Miss you dear!!!!!


 Assalamualaikum, hai all hari ni nak cerita pasal rindu...haaaaaaaaa tengok tajuk kat atas tu macam aku rindu sangat2 dekat someone kan????? angguk kepala cepat....hehehehe

sebenarnya aku bukan rindu dekat orang tapi dekat my old blog. Witwithoney yang dulu. kalau siapa pernah tersinggah dekat blog lama aku dulu yang bertemakan pink colorrrrr tu mesti tau macam mana rupanya kan.....

Blog tu aku dah delete sebab ada sikit punya problem. Yang buat aku menyesalnya sebab lepas aku delete baru abang aku bagi tahu yang sebenarnya blog tu boleh diimport aduhhhhh sedih hati aku bila dengar macam tu. Nasi sudah jadi bubur.

Ini semua sebab perangai aku yang tidak tahan sabar. Sebab problem kecil aku pi delete semuanya. Bak kata pepatah kerana nyamuk seekor habis satu kelambu dibakar.....jadi aku syorkan pada korang supaya tahanlah sabar okey.....sesungguhnya sabar itu separuh pada Iman. Jangan jadi macam aku ni. tiba2 feeling nak jadi ustazah pula malam ni....oppppp lupa dah pagi.

Aku ni kelawar sikit malam berjaga siang tidur.....sakit...sakit.....ishhhh melalut pula....

Berbalik pada rindu aku dekat blog lama tu. Blog lama aku memang aku sayang sangat sebab dah ramai yang tahu so ramai jugalah yang singgah and bagi komen yang memberangsangkan (betul ke ejaan aku).

Blog aku yang sekarang ni bukan nak kata tak memberangsangkan tapi agak suram jugalah. Kalau dulu meriah je kan???? hehehehe... okeylah tak nak cerita panjang2 nanti bertambah rindu aku dekat blog lamaku.....:(((((  I Miss You........
Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

Muncul setelah sekian lama hilang....

Assalamualaikum, hasrat hati nak jadikan blog ni sebagai tempat untuk publish novel tak juga kesampaian. Sebabnya aku rasa nak lepaskan geram dekat sini pula hari ni.

Rasa ketagih pula nak menulis. Hari ni nak cerita pasal seorang lelaki yang dah lama tak muncul tiba2 muncul balik. laki ni pernah buat hati aku terpikat dekat dia tapi sekarang dah kurang la rasa sayang tu. Tapi lama juga aku tak dengar cerita dia lepas cuti ni tapi tadi aku buka je laman sosial aku tiba2 muncul status update dari dia buat aku rasa lain.

Kenapa mesti muncul balik.....kenapa???????????????????????? aku rasa macam dah tak nak dekat dah dengan dia.....tak nakkkkkk..........:(    

malas....malas....malas.... nak ambil tahu........
Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI

BAB 1(Inilah takdirku)


“Boleh la ibu?” pinta Adriana kepada ibunya.
“ibu cakap tak boleh tetap tak boleh.” Tegas sungguh kata-kata puan Azizah kepada anak perempuan sulungnya itu.
“Tapi bu… ana nak pergi cari kerja je…bukan nak pi buat apa pun.” Ujar Adriana dengan bersungguh-sungguh. Harapannya hanya satu ingin ke kuala lumpur untuk mencari kerja.
“ Ana! bukan ibu tak nak bagi ana pi KL tu tapi dekat sana tu bahaya, macam-macam boleh jadi.” Terang puan azizah agar anaknya itu faham akan perasannya yang bimbang itu.
“ Ibu…ana janji kalau ana tak dapat kerja dalam sebulan dekat sana, ana akan balik ke sini okey.” Janji Adriana kepada ibunya.
“Okey lah kalau macam tu, ibu dah tak tahu nak cakap apa.” Balas puan azizah.
Malas dia hendak bertelagah lagi dengan anaknya itu. Bukan dia tak tahu akhirnya dia akan tewas dengan pujukkan anaknya itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa sering benar dia kalah dengan pujukan Adriana. Teringat dia akan seseorang yang berperangai persis anaknya itu. Ialah mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Malas dia hendak memikirkan perkara yang dah lepas. Sedang asyik dia mengelamun.
“Ibu kenapa ni…tak sihat ke?” Tanya Adriana lantas memegang kedua belah bahu ibunya. Tiba-tiba saja ibunya diam menyebabkan dia takut akan penyakit lama ibunya itu menyerang kembali. Bukan dia tidak tahu ibunya kalau sakit  bukan hendak bagi tahu. Pernah sekali muka ibunya sudah bertukar warna biru kerana terlalu lama tidak boleh bernafas, nasib bapa tirinya cepat menyedari akan hal itu dan terus saja menghantar ibunya ke hospital kalau tidak entah apa akan terjadi kepada ibunya pun dia tidak tahu.
“dah la...ibu okey, ibu nak masuk tidur dulu, nanti kamu padamkan lampu tu.” Ujar puan azizah lantas bangun dari kerusi.
“baiklah bu….” Balas Adriana dengan senyuman yang melebar. Akhirnya Berjaya juga dia memujuk hati ibunya itu. Bukan dia tidak tahu hati ibunya persis kerak nasi kalau diletak  air lembut juga.
Puan Azizah terus sahaja masuk kedalam biliknya kemudian diikuti oleh Adriana selepas semua lampu dipadamkan.

Read more...
TERIMA KASIH SUDI BACA ENTRY KALAU BOLEH KOMEN SEKALI